Monday, 19 December 2011

kirimkan surat ini ke Syurgaku

Assalamualaikum,

salam sejahteralah dunia akhirat buat seorang perempuan yang paling aku sayang dalam hidup aku.

Dari kerdipan mataku yang pertama, dari lafazku yang bergema, dari nadi ku yang rancak berima, tertanya2 aku di mana aku berada sekarang. aku sangat takut untuk berada di sini, terasa sungguh asing duniaku dari semalam. dari semalam yang tenang berlegar-legar kesana kemari, hari ini aku berada di alam yang lain. alam yang menjanjikan kesenangan bagi yang mencarinya dengan harta, alam yang penuh dengan fitnah dan pancaroba. inikah yang dimaksudkan dunia?ternyata di masa itu, berfikir bukanlah lagi kudratku.


Dari saat mula lagi, adanya seorang perempuan selalu datang padaku dan memberi titis-titis kasihnya agar aku dapat membesar seperti makhluk-makhluk lain yang sepertiku. dan dari saat-saat itu juga lah ada saja tangan yang selalu mengurusku segala bagai. dan dari saat-saat itulah terasa dahiku selalu dikucup diiring doa dari perempuan itu. saat itu, aku hanya mampu melihat, mendengar dan merasa tanpa mampu mengerti apa yang sedang berlaku. 
Sehinggalah tumbuhnya gigiku yang pertama, ingatan dan akalku mula terbina, perempuan itu terus setia di sisiku kemana-mana. suatu hari, sedang aku rancak meronta meminta kasih, dia datang padaku tanpa tangguh dan keluh. 

Semua itu pantas berlalu. kini aku sudah mampu berjalan, sudah mampu bercakap, sudah mampu merasa manisnya hidup seorang manusia. aku mulai sedar, hidup di dunia ini tak ubah seperti mimpi indah. kau pergi sahaja kau mahu, bila susah rumahlah tempatmu. dalam hati berkata, jangan risau, selagi kau masih miliki perempuan itu tiada apa yang perlu kau bimbang, buatlah apa kau suka. semakin lama, aku semakin percaya kata-kata sang hati itu dan pergilah aku kemanaku mahu dan terus gembira. semakin aku gembira, semakin itulah aku rapat dengan makhluk bernama nafsu. makhluk yang mengajar aku untuk menjadi insan yang paling bahagia dalam dunia ini. biarpun sekecil apapun pinta sang nafsu, sedaya upaya aku penuhi. tanpa aku sedari wajah perempuan itu mulai pudar dalam ingatan aku. pernah ku cuba mencari raut wajah milik perempuan itu dalam ingatan, tetapi sang nafsu berjanji untuk memberi lebih dari yang pernah perempuan itu beri. sekali lagi aku percaya.

Seiring masa beredar, seiring itu jualah usiaku bertambah. bertambah dengan sejuta macam cerita, ada suka, ada derita. sepanjang usia itu juga, adanya si perempuan itu selalu pada ku.
walaupun begitu hampir, tetapi hati ku mulai tertanya kenapa terasa begitu sukar menghampirimu wahai si perempuan? sedangkan tiada pun dia pernah meminta agar kasihnya dibayar dengan harta, sedangkan aku lagi meminta-minta padanya. mujur semakin aku dewasa, aqal mula berkata, ingat lah penciptamu, tuhan ya berhak keatas segala kemungkinan. dan berkata lagi sang aqal, redha tuhanmu terletak pada rehda perempuan itu. seringkali aku tersentak bila teringat akan ayat itu.


Maafkan aku wahai perempuan, aku hanyalah makhluk Allah yang penuh dengan kekhilafan, dan tak akan pernah menjadi sempurna. biar katamu selalu aku abaikan, setiap pesanmu aku buat-buat terlupa, percayalah doaku kini padamu takkan pernah terputus selagi aku bernafas.
teringin sangat ku ucap cintaku ini padamu, tapi ku biar ia terpendam menjadi azimat penguat semangatmu. jasamu tak perlu ku tulis, biar kau lihat nanti di sana.sekali lagi, maafkan aku wahai si perempuan, andai jasaku nanti tak sebalas jasamu, kerana balasan tuhan untukmu itu adalah wajib atas kasih sayangmu. terima kasih atas segala kasih sayangmu, terima kasih atas segala pengorbananmu, terima kasih atas redhamu, dan terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini. semoga kita bersama menjadi penghuni syurga di akhirat kelak..TERIMA KASIH EMAK(SITI NORAINAB BINTI TUKIRAN, *aku sayang kau dunia dan akhirat)




dari darah dagingmu:
mustafajumaatmdjani





Monday, 12 December 2011

hargasebuahsesuatu:disember

Alhamdulillah, selepas hampir 1 hari terkandas di sungkai Perak,
akhirnya dapat jugak aku baring atas katil kesayangan ku di SC ni..huhu
macam2 yang berlaku 2~3 hari ni, sabo je la..walaupun penat
1st skali, kereta kesayangan warisan turun temurun aku tu kena sondol..
adus!! pedih je bila dengar bestfriend aku call bg tau CIK BLURPP kena sondol kat traffic light..
tp lg pedih bila aku sendiri cakap nga orang yang langgar tu(pak cik)..
dah la langgar pastu bila mintak bayar ganti rugi, siap mintak discount lg..
bkn ape, student mcm aku ni mna la bnyak duit nk ganti sendiri barang2 tu..
even x mahal mana pun, rasa mcm membazir plak klau aku nk murahkan hati bg discount kn3..
x kesah la, bende dah setel..mintak halal ye pakcik..=8 grrrr~
then bende yang agak menyirap dgn seseorang insan yang aku x kenal ni..
walaupun aku x kenal+x faham situasi yang berlaku, aku menyirap sebab tak pasal2 kena tunggu bas sampai dekat 12 JAM!!
then last skali, bila sebut2 pasal angka 12 ni terkenang plak aku kat satu tarikh yang agak keramat bg aku..
bila genap 11 tahun yang lalu(12/12/2000) jam 6 ptg, perginya seseorang yang paling besar dalam hidup aku..
sangat besar jasanya, walaupun sekejap bersama, dia lah cikgu pertamaku, dialah imam pertamaku dan dialah pemilik tangan pertama yang memeluk tubuhku..
walaupun kita tak sempat kenal lama, tapi naluri yang mengair dalam roh ini sentiasa kenal akan jasa2 mu walau sehembus nafas.
teringat dulu mase kecik2 aku selalu tunggu dye balik kerja pkul 7 malam..
teringat dulu mase kecik2 dye pernah bawak aku naik moto pergi bandar..
teringat dulu mase kecik2 dye belikan aku+abg aku mainan 1 bakul..
teringat dulu mase kecik2 dye bawak g makan mee bandung dkt2 simpang jalan yap tau sah..
teringat dulu mase kecik2 dye sambut besday aku ngan abg aku serentak..
teringat dulu mase kecik2 slalu tgk dye dok dapur sorang2 mnim kopi halia..
namun tmpatmu di sini bukan untuk lama bersamaku..
biarlah hebat mana pun orang lain, yang penting dye x pernah sayang aku macam kau..
tenanglah kau di sana, doaku xkn pernah putus untuk satu-satunya ABAH ku dunia akhirat..
amin..

Tuesday, 6 December 2011

alhamdulillah:)

hidup ini anugerah,
anugerah yang tiada tara lebih2 lagi sebagai seorang manusia di muka bumi..
mungkin orang bleh cakap nasib dirinya malang,
hidupnya x pernah sempurna, bahagiaya x pernah kekal, 
tanpa kita sedari semua tu juga adalah anugerah dari Allah,
anugerah yang memberi kita pengajaran yang paling berguna..
dan anugerah itu diberi nama PENGALAMAN 
yang nantinya akan menjadi naluri yang membawa kita terus berjuang utk teruskan bernafas.
tak semua orang dapat pengalaman yang sama seperti kita.
datang dan pergi, resam menjadi makhluk tuhan di muka bumi miliknya ini..
siapa pun yang datang pd kita, pergi wajib baginya biarpun dgn cara yang berbeza.
biar pun hati tak rela, siapakah hati itu untuk tidak rela jika dibanding dengan qadha dan qadar yang telah disusun sempurna oleh-Nya..







miss my little ninny:)dec2010/may2011



Monday, 5 December 2011

KELANTAN:dari kaca lensaku part1

ni Masjid Beijing di Rantau Panjang:)

ape ntah ni..dkt sbelah epot p.chepa
A famously White Standing Buddha Statue of Siamese temple Wat Phothikyan located in Kampung Balai, Bachok, Kelantan.

rase segar semacam je dok kat tengah2 ladang ni :p
ladang tembakau bachok

pintu gerbang ke kota bharu dr airport Sultam Muhammad IV

Pasar Besar Siti Khadijah: out side front look
ha,yg ni Pasar Besar Siti Khadijah dari dalam
*mse ni dah petang, orang x ramai dah..
dataran sebelah Istana Balai Besar